Friday, May 28, 2021

MENGENALPASTI PERANAN GURU DAN IBU BAPA DALAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DI SEKOLAH

 


NAMA : AIN NADHIRA BINTI ZIN 

NOMBOR MATRIK : D20201094726

KUMPULAN : N

PENSYARAH : PROF. DR AMIR HASAN BIN DAWI







PENUBUHAN PIBG πŸ˜€

πŸ‘‰Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah organ penting kepada sesebuah institusi pendidikan rendah dan menengah.

πŸ‘ PIBG yang ditubuhkan di sekolah seharusnya berfungsi sebagai satu 'Majlis' bukan satu 'Pertubuhan' yang terasing di sekolah. Walaupun disebut sebagai 'Persatuan' hanyalah sebagai satu 'Kumpulan Seminat' sahaja. Maksudnya kumpulan orang yang prihatin kepada masalah pendidikan.

πŸ‘‰PIBG mula berkuatkuasa pada 26 Mac 1998.

πŸ‘‰Menurut Akta Pendidikan 1996, perenggan 130(2) menyatakan bahawa “penubuhan, penyusunan, pengurusan, pengawalan dan pembubaran persatuan murid atau persatuan guru dan ibu bapa sama ada di dalam atau di luar institusi pendidikan, dan peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini boleh membuat peratuan supaya persatuan guru dan ibu bapa sedemikian mengandungi mana-mana orang selain daripada guru atau ibu bapa murid di institusi pendidikan berkenaan”.





TUJUAN PIBG DITUBUHKAN 😎

πŸ’—Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka.

πŸ’—Membolehkan ibu bapa dan guru berusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal.

πŸ’—Membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan.

πŸ’—Mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan murid-muridnya.






PERANAN GURU DAN IBU BAPA DALAM PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) DI SEKOLAH.



1. Mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru. 

2. Menambah sumber kewangan sekolah. 

3. Membantu dalam memajukan perkembangan murid. 

4. Meningkatkan kecerian premis sekolah. 

5. Menjayakan aktiviti dan program pendidikan. 

6. Menjaga kebajikan murid.















No comments:

Post a Comment